Jumaat, 23 Oktober 2009

salam rindu.. lama tak menulis..

Salam,

Apa khabar semua.. terima kasih kerana masih setia melayari blog saya. entahlah.. sibuk sesangat.. bagi pelayar baru khasnya pelajar Pismp PLl 1 dan 2.. pastinya setia melayari blog saya untuk BMM 3101. Pelajar PGSR.. selamat kembali ke IPGM KPM tak lama lagi.

Ni.. nak ceritalah apa yang sibuk beno hingga tak sempat nak kemas kini blog sendiri. Kesian pelayar setia blog munsyinorliza, tak de cerita baru.

Saya baru balik dari Sabah membentang kertas kajian di seminar IPGM Gaya. Tajuk kajian ialah kesan pembelajaran think-pair-share terhadap markat pencapaian karangan BM pelajar Ting 4. Teknik ini sesuai untuk strategi P&P abad ini yang berpusatkan pelajar dan berdaya fikir. Silalah baca kajian tersebut dalam blog saya... boleh diaplikasikan juga untuk murid sekolah rendah. Kalau ada apa-apa persoalan sila kemukakan.. saya akan cuba bantu.

Pada masa yang sama kertas kajian saya dan En Mohamad Musip untuk Jabatan Pengajian Melayu bertajuk Kesedaran Metakognitif Pelajar KPLI Ambilan Januari 2008 dalam sistem bahasa Melayu dibentangkan di Seminar Penyelidikan Zon Selatan oleh En Mohamad. Alhamdulillah,, berjalan lancar...ada pulak pensyarah IPGM lain yang berminat untuk menjalankan kajian bersama tentang metakognitif.Alhamdulillah lagi apabila dua kajian dapat dibentangkan pada tahun ini. Ada juga hasrat untuk membudayakan penyelidikan dalam diri ini, insy. jika berkesempatan!

Malam sebelum berlepas ke Sabah, saya mendapat undangan menghadiri Malam Sastera Negara yang merupakan majlis penganugerahan Sasterawan Negara ke-10 yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Mizan di Hotel Palace of the Golden Horses. Saya tidak melepaskan peluang memenuhi undangan tersebut kerana peluang tidak datang selalu...maklumlah kita orang 'kecik' rasa terkejut jugalah dapat undangan tersebut. Oklah majlis tu, gahlah juga.. yelah VVIPnya Agung... dapatlah melihat sendiri suasana penganugerahan sastera yang tertinggi di Malaysia.Acara majlis ringkas, padat dan menarik. Ucapan penerima anugerah yang menarik perhatian saya kerana beliau menggunakan bahasa berirama.. leka mendengar dan menghayatinya, ada saya rakamkan, nanti masuk kelas saya perdengarkan pada semua ok...insy.

Hari ni saya cuti rehat khas kerana ayah saya masuk wad menjalani pembedahan hernia (angin pasang).. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ayah saya kelihatan sihat tatkala keluar dari wad bedah, syukur saya berada di Muar ketika ni, kalau tidak, rasa bersalah sangat, kerja memanglah tak habis-habis ...

Sekarang ni saya pasti semua pelajar PISMP sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan.. buatlah yang terbaik dan berdoalah moga kecemerlangan milik kamu semua. Awak semua sibuk mentelaah, saya pulak sibuk nak bina soalan UAK ..sama-sama sibuklah kita.

Banyak lagi cerita.. tapi cukuplah dulu.. nanti senang-senang saya coret lagi di blog ini. Terima kasih menjadi pelayar setia munsyinorliza.blogspot.com...jumpa lagi!

Salam sayang,

Munsyi Norliza

Listen2Quran 7