Isnin, 22 Jun 2009

BMM 3101-KKP

Salam,

Apa khabar para guru PGSR IPGM KPM sekalian. Pastinya sibuk dengan tugas hakiki sebagai guru serta tugasan yang perlu diselesaikan. Saya percaya cikgu pasti bijak membahagi masa antara tugas sebagai cikgu, pelajar, ibu/bapa,isteri/suami dan anak.

Saya ada menerima e-mel daripada rakan cikgu bertanya tentang penjelasan lanjut tugasan KKP tempoh hari.

Penjelasannya ialah:

Soalan 1: Cikgu perlu menganalisis SETIAP hasil pembelajaran dan aras dalam HSPBM mengikut tahun yang cikgu pilih. Kemudian fikirkan atau pilih aktiviti yang sesuai dengan hasil pembelajaran dan aras tersebut. Hasilan kerja perlu dipersembahkan dalam bentuk grafik... seperti peta minda, peta konsep dan sebagainya mengikut kesesuaian dan kreativiti cikgu,

Soalan 2: Semua KBT perlu dibuat dalam bentuk powerpoint. Hasilan perlu kreatif dan menarik.

Soalan 3: Cikgu perlu menyediakan satu langkah pengajaran yang lengkap. Maksudnya ada gabung jalin antara kemahiran bahasa iaitu mendengar bertutur, membaca dan menulis. Perlu ada aktiviti untuk mencapai hasil pembelajaran dan aras yang dipilih. Rancanglah aktiviti yang menarik dan berkesan. Sistem bahasa, nilai dan bahan yang digunakan perlu dinyatakan dalam langkah P&P. Perlu ada penyerapan KBT. Memandangkan cikgu adalah guru yang banyak pengalaman mengajar, hasilkan langkah P&P yang menarik dan berkesan.

Moga penjelasan ini akan membantu cikgu menyempurnakan tugasan.

Segala kemusykilan atau perkara berkaitan, sila interaksi di blog ini.

Terima kasih

Jumaat, 12 Jun 2009

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Salam/ salam sejahtera

Tahniah atas keputusan yang diterima baru-baru ni. Moga cikgu-cikgu akan bermotivasi untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang.Diam tak diam dah masuk semester kedua!

Sekolah akan dibuka tak lama lagi, kerja kursus perlu disiapkan di samping tugas hakiki sebagai seorang guru. Bijaklah mengurus masa dan cara belajar bersama-sama rakan. Jangan lupa segala tugasan sama ada OLL mahupun modul perlu dibuat. Sebarang masalah berkaitan, hubungilah pensyarah untuk nasihat dan bantuan. Insyallah usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang cemerlang.

Nasihat saya.. jangan ambil mudah! Kesungguhan amat penting untuk kejayaan.Manfaatkan bahan yang boleh dilayari dari munsyinorliza.blogspot.com

Kita jumpa lagi..

Bahasa Jiwa Bangsa/ 1Malaysia

Salam
Pn Norliza
IPGM KPM Melaka

Listen2Quran 7