Jumaat, 24 Julai 2009

IPGM-KPM CUTI H1N1

Salam semua,

Apa khabar semua rakan dan pelajar yang dikasihi? Lama kita tak berutus dan berbicara di maya. Sibuk sangat-sangat la ni, almaklumlah nak terima dua menantu sekali gus...

Sembang terkini yang hendak saya sampaikan ialah pensyarah dan pelajar kampus Perempuan Melayu sedang beristirahat di rumah sekarang ini kerana cuti H1N1 seminggu hingga Rabu depan.

Alhamdulillah, cuti yang diberikan saya anggap sebagai 'rezeki' kerana saya berkesempatan untuk membereskan banyak tugas bagi menghadapi majlis besar yang akan diadakan pada 1 Ogos, Sabtu ini.

Pada kesempatan ini saya mengundang para sahabat, serta pelajar-pelajar dan kenalan untuk menghadiri majlis walimatulurus yang akan diadakan di kediaman ayahanda dan bonda saya di 71, Jalan Daud, Muar dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Kepada para pelajar PGSR, bagaimana dengan tugasan? Pastinya banyak yang sudah hampir selesai atau sedang sibuk "berperang" dengannya.Saya amat yakin bahawa anda semua sangat komited untuk menyempurnakannya dengan sebaik mungkin.

Pelajar PISMP, ambillah peluang cuti ini untuk mengemaskinikan maklumat khasnya yang berkaitan BMM3102

Hingga kita bertemu lagi... wassalam

Pn Norliza
JPM KPM

Listen2Quran 7