Selasa, 5 Julai 2011

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum semua,

Agak lama saya tidak berbicara dalam blog ini. Kini setelah bertugas di tempat baharu, tugas yang perlu digalas masih dalam lingkungan perkongsian ilmu dan kepakaran dengan bahagian-bahagian di KPM, guru-guru SR selain mendidik anak-anak kecil yang dahagakan ilmu.Bersama-sama mereka saya berasa bahagia dengan keletah yang pelbagai!
Hari ini tergerak hati untuk mencatat sesuatu setelah menerima panggilan telefon daripada peserta kursus praMunsyi tahun lepas. Cikgu X dari Pulau Pinang dan Cikgu Y dari Terengganu yang kini bergelar Munsyi Dewan VI. Mereka membuka blog saya untuk mendapat serba sedikit maklumat dan bahan berkaitan bahasa Melayu. Namun...hampa pastinya!!
Saya berasa terpanggil untuk mengemas kini blog dan memuat naik bahan bahasa untuk manfaat para pendidik dan khalayak sekalian. Sejak akhir-akhir ini jadual agak padat dalam berkongsi kepakaran bahasa dengan bahagian-bahagian di KPM. Namun saya berasa puas kerana sebagai pendidik inilah amal jariah yang dapat saya sumbangkan kepada anak bangsa kelak yang akan diguna pakai selama sepuluh tahun sekurang-kurangnya. Insya-Allah saya akan cuba berkongsi bahan berkaitan pendidikan bahasa Melayu dengan para pendidik setelah selesai Jerayawara Kursus Induksi JU KSSR dan SP Thn 2 di seluruh Malaysia pada akhir bulan ini. Rasanya ketika itu saya agak berkelapangan.

Salam, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Listen2Quran 7