Jumaat, 24 Julai 2009

IPGM-KPM CUTI H1N1

Salam semua,

Apa khabar semua rakan dan pelajar yang dikasihi? Lama kita tak berutus dan berbicara di maya. Sibuk sangat-sangat la ni, almaklumlah nak terima dua menantu sekali gus...

Sembang terkini yang hendak saya sampaikan ialah pensyarah dan pelajar kampus Perempuan Melayu sedang beristirahat di rumah sekarang ini kerana cuti H1N1 seminggu hingga Rabu depan.

Alhamdulillah, cuti yang diberikan saya anggap sebagai 'rezeki' kerana saya berkesempatan untuk membereskan banyak tugas bagi menghadapi majlis besar yang akan diadakan pada 1 Ogos, Sabtu ini.

Pada kesempatan ini saya mengundang para sahabat, serta pelajar-pelajar dan kenalan untuk menghadiri majlis walimatulurus yang akan diadakan di kediaman ayahanda dan bonda saya di 71, Jalan Daud, Muar dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Kepada para pelajar PGSR, bagaimana dengan tugasan? Pastinya banyak yang sudah hampir selesai atau sedang sibuk "berperang" dengannya.Saya amat yakin bahawa anda semua sangat komited untuk menyempurnakannya dengan sebaik mungkin.

Pelajar PISMP, ambillah peluang cuti ini untuk mengemaskinikan maklumat khasnya yang berkaitan BMM3102

Hingga kita bertemu lagi... wassalam

Pn Norliza
JPM KPM

Isnin, 22 Jun 2009

BMM 3101-KKP

Salam,

Apa khabar para guru PGSR IPGM KPM sekalian. Pastinya sibuk dengan tugas hakiki sebagai guru serta tugasan yang perlu diselesaikan. Saya percaya cikgu pasti bijak membahagi masa antara tugas sebagai cikgu, pelajar, ibu/bapa,isteri/suami dan anak.

Saya ada menerima e-mel daripada rakan cikgu bertanya tentang penjelasan lanjut tugasan KKP tempoh hari.

Penjelasannya ialah:

Soalan 1: Cikgu perlu menganalisis SETIAP hasil pembelajaran dan aras dalam HSPBM mengikut tahun yang cikgu pilih. Kemudian fikirkan atau pilih aktiviti yang sesuai dengan hasil pembelajaran dan aras tersebut. Hasilan kerja perlu dipersembahkan dalam bentuk grafik... seperti peta minda, peta konsep dan sebagainya mengikut kesesuaian dan kreativiti cikgu,

Soalan 2: Semua KBT perlu dibuat dalam bentuk powerpoint. Hasilan perlu kreatif dan menarik.

Soalan 3: Cikgu perlu menyediakan satu langkah pengajaran yang lengkap. Maksudnya ada gabung jalin antara kemahiran bahasa iaitu mendengar bertutur, membaca dan menulis. Perlu ada aktiviti untuk mencapai hasil pembelajaran dan aras yang dipilih. Rancanglah aktiviti yang menarik dan berkesan. Sistem bahasa, nilai dan bahan yang digunakan perlu dinyatakan dalam langkah P&P. Perlu ada penyerapan KBT. Memandangkan cikgu adalah guru yang banyak pengalaman mengajar, hasilkan langkah P&P yang menarik dan berkesan.

Moga penjelasan ini akan membantu cikgu menyempurnakan tugasan.

Segala kemusykilan atau perkara berkaitan, sila interaksi di blog ini.

Terima kasih

Jumaat, 12 Jun 2009

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Salam/ salam sejahtera

Tahniah atas keputusan yang diterima baru-baru ni. Moga cikgu-cikgu akan bermotivasi untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang.Diam tak diam dah masuk semester kedua!

Sekolah akan dibuka tak lama lagi, kerja kursus perlu disiapkan di samping tugas hakiki sebagai seorang guru. Bijaklah mengurus masa dan cara belajar bersama-sama rakan. Jangan lupa segala tugasan sama ada OLL mahupun modul perlu dibuat. Sebarang masalah berkaitan, hubungilah pensyarah untuk nasihat dan bantuan. Insyallah usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang cemerlang.

Nasihat saya.. jangan ambil mudah! Kesungguhan amat penting untuk kejayaan.Manfaatkan bahan yang boleh dilayari dari munsyinorliza.blogspot.com

Kita jumpa lagi..

Bahasa Jiwa Bangsa/ 1Malaysia

Salam
Pn Norliza
IPGM KPM Melaka

Isnin, 18 Mei 2009

Bengkel BM Guru-Guru

Salam semua

Kursus BM untuk guru-guru Zon Air Hitam akan diadakan pada Sabtu ini iaitu 23 mei2009. Kursus Latihan dalam Perkhidmatan ini akan dihadiri oleh lebih seratus orang guru sekolah kebangsaan zon tersebut. Kandungan kursus ialah tentang morfologi dan sintaksis serta bengkel pengajaran tatabahasa.Moga ilmu yang didapati akan dimanfaatkan oleh guru-guru untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta meningkatkan penguasaan bahasa Melayu

Khamis, 14 Mei 2009

Program Perkhemahan KPLI 2009

Salam semua,

Pada 19-21Mei2009 akan diadakah Khemah Bahasa untuk para pelajar KPLI 2009 di Homestay Parit Penghulu Muar. Melalui khemah bahasa ini para pelajar diharap akan mendapat pendedahan yang lebih luaas dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Listen2Quran 7