Selasa, 5 Julai 2011

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum semua,

Agak lama saya tidak berbicara dalam blog ini. Kini setelah bertugas di tempat baharu, tugas yang perlu digalas masih dalam lingkungan perkongsian ilmu dan kepakaran dengan bahagian-bahagian di KPM, guru-guru SR selain mendidik anak-anak kecil yang dahagakan ilmu.Bersama-sama mereka saya berasa bahagia dengan keletah yang pelbagai!
Hari ini tergerak hati untuk mencatat sesuatu setelah menerima panggilan telefon daripada peserta kursus praMunsyi tahun lepas. Cikgu X dari Pulau Pinang dan Cikgu Y dari Terengganu yang kini bergelar Munsyi Dewan VI. Mereka membuka blog saya untuk mendapat serba sedikit maklumat dan bahan berkaitan bahasa Melayu. Namun...hampa pastinya!!
Saya berasa terpanggil untuk mengemas kini blog dan memuat naik bahan bahasa untuk manfaat para pendidik dan khalayak sekalian. Sejak akhir-akhir ini jadual agak padat dalam berkongsi kepakaran bahasa dengan bahagian-bahagian di KPM. Namun saya berasa puas kerana sebagai pendidik inilah amal jariah yang dapat saya sumbangkan kepada anak bangsa kelak yang akan diguna pakai selama sepuluh tahun sekurang-kurangnya. Insya-Allah saya akan cuba berkongsi bahan berkaitan pendidikan bahasa Melayu dengan para pendidik setelah selesai Jerayawara Kursus Induksi JU KSSR dan SP Thn 2 di seluruh Malaysia pada akhir bulan ini. Rasanya ketika itu saya agak berkelapangan.

Salam, jumpa lagi.

Khamis, 6 Mei 2010

Kursus MBM

Salam,

Pada bulan April dan Mei, pelbagai aktiviti berlangsung di IPG dan antara program yang ditangani oleh Jabatan Pengajian Melayu ialah Seminar Puisi Melayu Tradisional dan Program KPKI Memartabatkan Bahasa Melayu. Alhamdulillah seminar tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Pada minggu ini kursus MBM e-Pembelajaran dan e-Kamus untuk guru-guru sekolah menengah negeri Melaka sedang dilangsungkan.Pada waktu yang sama, Seminar Serantau Guru Permulaan dilangsungkan di Dewan Tun Fatimah KPM. Walaupun dipilih sebagai peserta namun tuntutan MBM mengekang saya menghadiri seminar tersebut. Kepada para peserta kursus, mereka bersemangat menjalani kursus, moga ilmu yang dikongsi kita gunakan untuk memartabatkan BM. Insy... kalau tak kita siapa lagi!

Sabtu, 3 April 2010

BIG

Salam semua,

Banyak pertanyaan yang saya terima berkaitan penyediaan portfolio BIG.

Panduannya seperti berikut:

1. kandungan yang merangkumi perincian aktiviti, gambar, jadual program, ahli kumpulan dan sebagainya
2. kreatif dan kemas dalam mempersembahkan hasil
3. laporan reflektif terhadap setiap aktiviti
4. penilaian kendiri terhadap PROBIG
5. muka surat hadapan: nama pelajar, ambilan, pengajian dan gambar

Moga panduan yang diberi dapat membantu cikgu-cikgu sekalian.

Jumaat, 19 Februari 2010

Tugas dan Tanggungjawab

Salam semua

Sesi persekolahan awal tahun semakin sibuk dengan pelbagai tuntutan pekerjaan. Cikgu-cikgu di sekolah sibuk dengan kegiatan koko dan kursus MBMMBI yang akan menyusul tiba untuk guru-guru BM yang disayangi sekalian... guru-guru PGSR BM IPG KPM khasnya. Pelajar PISMP pula akan menjalani praktikum di sekolah dan mentor saya sibuk dengan BIG. Pensyarah juga tak terlepas daripada kesibukan masing-masing...

Alhamdulillah kesibukan menjadikan kita lebih bijak merancang kehidupan ini. Otak kita semakin ligat membahagikan masa yang diperuntukkan hanya 24 jam sehari yang memadai bagi kehidupan manusia. Kita semua memangnya sibuk.. kadang-kadang tak sibuk pun kita cuba menyibukkan diri kerana dah biasa sibuk...masa tulah sibuk merancang kerja agar masa dapat diisi. Yelah.. masa itu emas..

Walau bagaimanapun, kesibukan itu adalah bagi memenuhi tugas dan tanggungjawab kita, segala tugas adalah amanah yang perlu kita laksanakan sebaik-baiknya kerana Allah swt...Ingatlah masa depan anak bangsa kita (yang merupakan anak kita, adik kita dan cucu cicit kita kelak) terletak di tangan kita sebagai pendidik, laksanakan segala-galanya dengan ikhlas.. insy-Allah kita akan menerima ganjarannya kelak.. kalau tidak di dunia, pastinya di akhirat.

Ha.... Macam mana tugasan? Pasti tak banyak masalah.. beres rasanya sebab senyap je tak dengar berita apa-apa? Alhamdulillah.. semuanya komited dengan tugas..Cuba gunakan kaedah metakognitif untuk mendapat hasil kerja yang optimum.

Pesanan saya .. MUHASABAH DIRI SETIAP HARI APAKAH PENINGKATAN YANG TELAH AKU LAKUKAN PADA DIRIKU HARI INI?

Selamat meneruskan tugas dengan cemerlang!!

Sabtu, 14 November 2009

Doa Kejayaan dan Selamat Bertemu Kembali

Salam,

Anak-anak pelajar saya pasti sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan UAK pada minggu ni. Saya mendoakan semua berjaya dengan cemerlang,insy.


Kepada pelajar-pelajar PGSR, selamat bertemu kembali untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Bagaimana persediaan semuanya?

Sekiranya ada pemasalahan, hubungi e-mel saya atau terus di blog ok.

Good luck and all the best to all of you from Munsyi Norliza.

Jumaat, 23 Oktober 2009

salam rindu.. lama tak menulis..

Salam,

Apa khabar semua.. terima kasih kerana masih setia melayari blog saya. entahlah.. sibuk sesangat.. bagi pelayar baru khasnya pelajar Pismp PLl 1 dan 2.. pastinya setia melayari blog saya untuk BMM 3101. Pelajar PGSR.. selamat kembali ke IPGM KPM tak lama lagi.

Ni.. nak ceritalah apa yang sibuk beno hingga tak sempat nak kemas kini blog sendiri. Kesian pelayar setia blog munsyinorliza, tak de cerita baru.

Saya baru balik dari Sabah membentang kertas kajian di seminar IPGM Gaya. Tajuk kajian ialah kesan pembelajaran think-pair-share terhadap markat pencapaian karangan BM pelajar Ting 4. Teknik ini sesuai untuk strategi P&P abad ini yang berpusatkan pelajar dan berdaya fikir. Silalah baca kajian tersebut dalam blog saya... boleh diaplikasikan juga untuk murid sekolah rendah. Kalau ada apa-apa persoalan sila kemukakan.. saya akan cuba bantu.

Pada masa yang sama kertas kajian saya dan En Mohamad Musip untuk Jabatan Pengajian Melayu bertajuk Kesedaran Metakognitif Pelajar KPLI Ambilan Januari 2008 dalam sistem bahasa Melayu dibentangkan di Seminar Penyelidikan Zon Selatan oleh En Mohamad. Alhamdulillah,, berjalan lancar...ada pulak pensyarah IPGM lain yang berminat untuk menjalankan kajian bersama tentang metakognitif.Alhamdulillah lagi apabila dua kajian dapat dibentangkan pada tahun ini. Ada juga hasrat untuk membudayakan penyelidikan dalam diri ini, insy. jika berkesempatan!

Malam sebelum berlepas ke Sabah, saya mendapat undangan menghadiri Malam Sastera Negara yang merupakan majlis penganugerahan Sasterawan Negara ke-10 yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Mizan di Hotel Palace of the Golden Horses. Saya tidak melepaskan peluang memenuhi undangan tersebut kerana peluang tidak datang selalu...maklumlah kita orang 'kecik' rasa terkejut jugalah dapat undangan tersebut. Oklah majlis tu, gahlah juga.. yelah VVIPnya Agung... dapatlah melihat sendiri suasana penganugerahan sastera yang tertinggi di Malaysia.Acara majlis ringkas, padat dan menarik. Ucapan penerima anugerah yang menarik perhatian saya kerana beliau menggunakan bahasa berirama.. leka mendengar dan menghayatinya, ada saya rakamkan, nanti masuk kelas saya perdengarkan pada semua ok...insy.

Hari ni saya cuti rehat khas kerana ayah saya masuk wad menjalani pembedahan hernia (angin pasang).. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ayah saya kelihatan sihat tatkala keluar dari wad bedah, syukur saya berada di Muar ketika ni, kalau tidak, rasa bersalah sangat, kerja memanglah tak habis-habis ...

Sekarang ni saya pasti semua pelajar PISMP sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan.. buatlah yang terbaik dan berdoalah moga kecemerlangan milik kamu semua. Awak semua sibuk mentelaah, saya pulak sibuk nak bina soalan UAK ..sama-sama sibuklah kita.

Banyak lagi cerita.. tapi cukuplah dulu.. nanti senang-senang saya coret lagi di blog ini. Terima kasih menjadi pelayar setia munsyinorliza.blogspot.com...jumpa lagi!

Salam sayang,

Munsyi Norliza

Khamis, 13 Ogos 2009

Listen2Quran 7