Sabtu, 14 November 2009

Doa Kejayaan dan Selamat Bertemu Kembali

Salam,

Anak-anak pelajar saya pasti sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan UAK pada minggu ni. Saya mendoakan semua berjaya dengan cemerlang,insy.


Kepada pelajar-pelajar PGSR, selamat bertemu kembali untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Bagaimana persediaan semuanya?

Sekiranya ada pemasalahan, hubungi e-mel saya atau terus di blog ok.

Good luck and all the best to all of you from Munsyi Norliza.

Jumaat, 23 Oktober 2009

salam rindu.. lama tak menulis..

Salam,

Apa khabar semua.. terima kasih kerana masih setia melayari blog saya. entahlah.. sibuk sesangat.. bagi pelayar baru khasnya pelajar Pismp PLl 1 dan 2.. pastinya setia melayari blog saya untuk BMM 3101. Pelajar PGSR.. selamat kembali ke IPGM KPM tak lama lagi.

Ni.. nak ceritalah apa yang sibuk beno hingga tak sempat nak kemas kini blog sendiri. Kesian pelayar setia blog munsyinorliza, tak de cerita baru.

Saya baru balik dari Sabah membentang kertas kajian di seminar IPGM Gaya. Tajuk kajian ialah kesan pembelajaran think-pair-share terhadap markat pencapaian karangan BM pelajar Ting 4. Teknik ini sesuai untuk strategi P&P abad ini yang berpusatkan pelajar dan berdaya fikir. Silalah baca kajian tersebut dalam blog saya... boleh diaplikasikan juga untuk murid sekolah rendah. Kalau ada apa-apa persoalan sila kemukakan.. saya akan cuba bantu.

Pada masa yang sama kertas kajian saya dan En Mohamad Musip untuk Jabatan Pengajian Melayu bertajuk Kesedaran Metakognitif Pelajar KPLI Ambilan Januari 2008 dalam sistem bahasa Melayu dibentangkan di Seminar Penyelidikan Zon Selatan oleh En Mohamad. Alhamdulillah,, berjalan lancar...ada pulak pensyarah IPGM lain yang berminat untuk menjalankan kajian bersama tentang metakognitif.Alhamdulillah lagi apabila dua kajian dapat dibentangkan pada tahun ini. Ada juga hasrat untuk membudayakan penyelidikan dalam diri ini, insy. jika berkesempatan!

Malam sebelum berlepas ke Sabah, saya mendapat undangan menghadiri Malam Sastera Negara yang merupakan majlis penganugerahan Sasterawan Negara ke-10 yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Mizan di Hotel Palace of the Golden Horses. Saya tidak melepaskan peluang memenuhi undangan tersebut kerana peluang tidak datang selalu...maklumlah kita orang 'kecik' rasa terkejut jugalah dapat undangan tersebut. Oklah majlis tu, gahlah juga.. yelah VVIPnya Agung... dapatlah melihat sendiri suasana penganugerahan sastera yang tertinggi di Malaysia.Acara majlis ringkas, padat dan menarik. Ucapan penerima anugerah yang menarik perhatian saya kerana beliau menggunakan bahasa berirama.. leka mendengar dan menghayatinya, ada saya rakamkan, nanti masuk kelas saya perdengarkan pada semua ok...insy.

Hari ni saya cuti rehat khas kerana ayah saya masuk wad menjalani pembedahan hernia (angin pasang).. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ayah saya kelihatan sihat tatkala keluar dari wad bedah, syukur saya berada di Muar ketika ni, kalau tidak, rasa bersalah sangat, kerja memanglah tak habis-habis ...

Sekarang ni saya pasti semua pelajar PISMP sedang sibuk mentelaah untuk menghadapi peperiksaan.. buatlah yang terbaik dan berdoalah moga kecemerlangan milik kamu semua. Awak semua sibuk mentelaah, saya pulak sibuk nak bina soalan UAK ..sama-sama sibuklah kita.

Banyak lagi cerita.. tapi cukuplah dulu.. nanti senang-senang saya coret lagi di blog ini. Terima kasih menjadi pelayar setia munsyinorliza.blogspot.com...jumpa lagi!

Salam sayang,

Munsyi Norliza

Khamis, 13 Ogos 2009

salam terima kasih

salam semua,

Alhamdulillah, majlis walimatulurus telah selamat berlangsung.Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan dan pelajar yang hadir di majlis tersebut. Terharu sungguh apabila menyambut kedatangan saudara mara serta sahabat yang datang dari jauh dan pelajar-pelajar IPGM KPM, JAJ serta PGSR yang sudi datang dari Kuala Lumpur, Bangi, Melaka, Pontian, Pasir Gudang, Johor Bahru, Seremban dan kawasan sekitar yang semata-mata hadir untuk meraikan majlis tersebut. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan telah memeriahkan Majlis Walimatulurus anakanda kami. Seharusnya ucapan ini disampaikan lebih awal tetapi kekangan masa menyebabkan saya tiada kesempatan untuk mengemaskinikan blog.

HINI semakin tenat sekarang ini, jagalah kesihatan khasnya anak-anak kecil dan ahli keluarga yang tidak sihat. Sama-samalah kita berdoa semoga kita semua dijauhkan daripada bala Allah S.W.T.

Cuti sekolah akan bermula minggu depan, maka bermulalah sesi pengajian pelajar PGSR.. Selamat bertemu kembali dan meneruskan perjuangan anda sekalian.

Jumaat, 24 Julai 2009

IPGM-KPM CUTI H1N1

Salam semua,

Apa khabar semua rakan dan pelajar yang dikasihi? Lama kita tak berutus dan berbicara di maya. Sibuk sangat-sangat la ni, almaklumlah nak terima dua menantu sekali gus...

Sembang terkini yang hendak saya sampaikan ialah pensyarah dan pelajar kampus Perempuan Melayu sedang beristirahat di rumah sekarang ini kerana cuti H1N1 seminggu hingga Rabu depan.

Alhamdulillah, cuti yang diberikan saya anggap sebagai 'rezeki' kerana saya berkesempatan untuk membereskan banyak tugas bagi menghadapi majlis besar yang akan diadakan pada 1 Ogos, Sabtu ini.

Pada kesempatan ini saya mengundang para sahabat, serta pelajar-pelajar dan kenalan untuk menghadiri majlis walimatulurus yang akan diadakan di kediaman ayahanda dan bonda saya di 71, Jalan Daud, Muar dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Kepada para pelajar PGSR, bagaimana dengan tugasan? Pastinya banyak yang sudah hampir selesai atau sedang sibuk "berperang" dengannya.Saya amat yakin bahawa anda semua sangat komited untuk menyempurnakannya dengan sebaik mungkin.

Pelajar PISMP, ambillah peluang cuti ini untuk mengemaskinikan maklumat khasnya yang berkaitan BMM3102

Hingga kita bertemu lagi... wassalam

Pn Norliza
JPM KPM

Isnin, 22 Jun 2009

BMM 3101-KKP

Salam,

Apa khabar para guru PGSR IPGM KPM sekalian. Pastinya sibuk dengan tugas hakiki sebagai guru serta tugasan yang perlu diselesaikan. Saya percaya cikgu pasti bijak membahagi masa antara tugas sebagai cikgu, pelajar, ibu/bapa,isteri/suami dan anak.

Saya ada menerima e-mel daripada rakan cikgu bertanya tentang penjelasan lanjut tugasan KKP tempoh hari.

Penjelasannya ialah:

Soalan 1: Cikgu perlu menganalisis SETIAP hasil pembelajaran dan aras dalam HSPBM mengikut tahun yang cikgu pilih. Kemudian fikirkan atau pilih aktiviti yang sesuai dengan hasil pembelajaran dan aras tersebut. Hasilan kerja perlu dipersembahkan dalam bentuk grafik... seperti peta minda, peta konsep dan sebagainya mengikut kesesuaian dan kreativiti cikgu,

Soalan 2: Semua KBT perlu dibuat dalam bentuk powerpoint. Hasilan perlu kreatif dan menarik.

Soalan 3: Cikgu perlu menyediakan satu langkah pengajaran yang lengkap. Maksudnya ada gabung jalin antara kemahiran bahasa iaitu mendengar bertutur, membaca dan menulis. Perlu ada aktiviti untuk mencapai hasil pembelajaran dan aras yang dipilih. Rancanglah aktiviti yang menarik dan berkesan. Sistem bahasa, nilai dan bahan yang digunakan perlu dinyatakan dalam langkah P&P. Perlu ada penyerapan KBT. Memandangkan cikgu adalah guru yang banyak pengalaman mengajar, hasilkan langkah P&P yang menarik dan berkesan.

Moga penjelasan ini akan membantu cikgu menyempurnakan tugasan.

Segala kemusykilan atau perkara berkaitan, sila interaksi di blog ini.

Terima kasih

Jumaat, 12 Jun 2009

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Salam/ salam sejahtera

Tahniah atas keputusan yang diterima baru-baru ni. Moga cikgu-cikgu akan bermotivasi untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang.Diam tak diam dah masuk semester kedua!

Sekolah akan dibuka tak lama lagi, kerja kursus perlu disiapkan di samping tugas hakiki sebagai seorang guru. Bijaklah mengurus masa dan cara belajar bersama-sama rakan. Jangan lupa segala tugasan sama ada OLL mahupun modul perlu dibuat. Sebarang masalah berkaitan, hubungilah pensyarah untuk nasihat dan bantuan. Insyallah usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang cemerlang.

Nasihat saya.. jangan ambil mudah! Kesungguhan amat penting untuk kejayaan.Manfaatkan bahan yang boleh dilayari dari munsyinorliza.blogspot.com

Kita jumpa lagi..

Bahasa Jiwa Bangsa/ 1Malaysia

Salam
Pn Norliza
IPGM KPM Melaka

Isnin, 18 Mei 2009

Bengkel BM Guru-Guru

Salam semua

Kursus BM untuk guru-guru Zon Air Hitam akan diadakan pada Sabtu ini iaitu 23 mei2009. Kursus Latihan dalam Perkhidmatan ini akan dihadiri oleh lebih seratus orang guru sekolah kebangsaan zon tersebut. Kandungan kursus ialah tentang morfologi dan sintaksis serta bengkel pengajaran tatabahasa.Moga ilmu yang didapati akan dimanfaatkan oleh guru-guru untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta meningkatkan penguasaan bahasa Melayu

Khamis, 14 Mei 2009

Program Perkhemahan KPLI 2009

Salam semua,

Pada 19-21Mei2009 akan diadakah Khemah Bahasa untuk para pelajar KPLI 2009 di Homestay Parit Penghulu Muar. Melalui khemah bahasa ini para pelajar diharap akan mendapat pendedahan yang lebih luaas dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Selasa, 12 Mei 2009

Listen2Quran 7